Monday, 25 June 2012

iKut rAsA Badan biNasA....Ikut HatI aKal FikirAn terBejat....ikUt lidAh bErkatA-II peRasAan YanG TerluKa


acap kali diri ini terbuai ke alam persaan yang tiada berpantai...
sering kali diri ini terhanyut ke alam perasaan yang memiliki seribu rencah..sejuta rempah...
tatkala hati ini dilanda ombak kepiluan yang menghiris jiwa
mulut hanya berdiam seribu bicara
hati mengawal nafsu amarah yang kian melonjak dalam sanubari
akal fikiran mula ligat berfikir tentang natijah yang bakal menjelma andai lidah yang setajam pedang samurai melemparkan kata-kata 
justeru sekeping diri ini...sekeping sanubari ini...sekeping jiwa ini hanya mampu berdiam diri..
kaku...bisu...tiada tindakan mahupun tata bicara yang terbit dari lubuk hati..
meski hati ini terasa sayu..tiada jua tindakan yang dapat diambil..
insan yang tidak menhargai kekayaan bahasa..kesopanan bertatasusila hanya mengunakan medium itu untuk melunasi rasa dihati...


tapi aku..tidak mampu..tidak sanggup untuk mempergunakan medium ke arah sedemikian rupa...
aku tidak sanggup untuk mencemari keindahan medium itu...
medium yang penuh dengan kesopanan tidak selayaknya diperlakukan sedemikian rupa..
bukankah sebagai seorang yang bernama insan..khalifah seharusnya menggunakan medium yang indah sebagai perantaraan????
di muka bumi yang kian tandus dengan keperibadian mulia ini
mula bersarang hati-hati yang diselubungi dengan emosi yang bertunjangkan dendam...perasaan tanpa tujuan yang membinasakn diri...


aku bukan insan yang mulia..jauh sekali berperwatakan baik..aku hanya insan biasa yang cacat cela baik sesama manusia..mahupun di sisi Allah....
aku hanya mampu meluahkan rasa yang bersarang di ulu hatiku melalui kiasan
melalui kata-kata yang sukar ditafsirkan..
namun mempunyai pengisian yang terang dan nyata
aku tidak mampu meluahkan rasa itu membabi buta kerana aku takut akan ada sekeping hati suci..tulus..halus..yang terluka..





akhir kalam  :  renung-II kan dan lu pikir ar sendiri..hahaha..:)

2 comments:

  1. Replies
    1. hahah...x der mknanyer der..haha.oh yng ni lar mira gelak-II kan aku??hahaha

      Delete